Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Sep 24, 2011

Ada Hikmah Disebalik Kejadian


Assalamualaikum sume ^^
Pertemuan kita semua bukannya kebetulan.
Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.
Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?
Kadangkala manusia ini perlu diketuk sedikit, baru tersedar. Ada yang ketuk sekali tak sedar-sedar. Mungkin caranya tidak kena, dan caranya membuatkan dia terus pecah, atau yang mengetuk menyerah kalah.
Setiap manusia punya ujian masing-masing, kan?
Mungkin yang membuatkan kita rasa sukar untuk berubah adalah rasa tidak yakin terhadap diri.
Dan rasa tidak yakin ini hanya mampu diubat dengan satu cara sahaja, iaitu :-
"Yakin kepada Allah. Yakin dengan keyakinan yang tidak ber’tapi’. Yakin bahawa Allah itu Maha Teliti, dan Dia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. "
Tahukah anda, kita tanpa sengaja akan melakukan apa saja tanpa berfikir panjang hanya untuk memenuhi keinginan hati, tahukah anda apa yang kita lakukan itu betol ? berbaloi? kelihatan kurang cerdiknya? Hanya dengan pemikiran yang cetek, kita tergolong dalam golongan yang rugi. Terima lah wahai hati bahawa sesuatu yang terjadi itu telah dikawal dalam genggaman Allah S.W.T. Segalanya mempunyai hikmah ,maksud tersirat tersendiri. Akan tetapi bersabarlah wahai hati, mudah-mudahan kesabaran dirimu itu dibalas kebaikan.

Wassalam.

Sep 20, 2011

Mendiami Syurga kah kita?


Assalamualaikum..^^

Rajin lak hari ini nak update blog ni..banyak pulak post ari ni erk..heee
Terasa hendak berkongsi artikel ni..Mesti ramai golongan wanita inginkan diri mereka tergolong dalam golongan yang diterima masuk ke dalam syurga..ye yakin..marilah kita sama2 check balik cara kehidupan, perilaku seharian kita adakah menepati ciri2 yang diterima??


Antara ciri-ciri yang menjelaskan wanita boleh mendiami syurga ialah:-
1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada tuhan lain yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan pergi haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekkan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

“.. Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)
Semoga kita kearah itu dan kuat teguh keimanan, insyAllah.

Wassalam.

Aug 9, 2011

Gadis kesayangan Allah


As'salamualaikum..
Salam Ramadhan utk sume..sempat g an nk ucap an..^^
Dh hmpir seminggu kite sambut bulan mulia ni..sume inginkan pembaharuan dari segi ibadah, akhlak dan dlm meningkatkan keimanan dgn Allah. Insyallah segala ibadah kite diterima ye x..:) Amin.

Entry tdi psl gadis an?? ha ye la tu..(wt2 tnye lak die ni) hehe
jum2 pe cite ni??ehem2 ^^
Dlm kehidupan ni..spe la yg xnk menjadi sempurna..tpi nk ke arah itu bkn la ssh, tpi kadang2 kita alpa dgn gaya khidupan dan pergaulan antara rkn2 sekeliling. Gadis antara golongan yg perlu dan mesti menjaga dri mereka sebaik2nye..ye la..kite ni golongan yg perlu dipandang mulia dan paling mulia utk dipandang oleh Allah sndri.
Golongan para lelaki pon perlu juga..tpi kite zoom ckit utk para gadis kali ni :)





Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik. 

Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran. Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yangbaik-baik”(surah Al Ahzab:32)





Bergaul itu perlu..tpi berpada2 la..tahu batasan2nye ye kwn2!! hihi