May 20, 2012

Hari Nakbah



Assalamualaikum dan Selamat Sejahterai nye pon adoi ter ber.. 

Sudah agak berkurun lama beta tidak mencemar duli ke atas blog ini..jadual kerja telah membataskan jari jemari beta untuk menari2 mencurahkan info2 menarik hati beta di sini..

ehem2..back to basic :P

Banyak cerita yang aku nak kongsi kali ini..
minggu lepas..15 Mei kecoh warga2 muka buku Islam yang berkongsi post sokongan dengan menukar Display Picture kepada karikator coklat,mata bertutup bagaikan seorang tahanan...sebagai tanda sokongan terhadap tahanan Palestin yang tengah kelaparan akibat diseksa oleh Israel.


Mungkin ramai yang keliru apa maksud tersirat/tersurat gambar ni..


Sebenarnya itu menunjukkan gambar seseorang tahanan atau banduan rakyat Palestin. Baju berwarna coklat itu merupakan pakaian yang dikuatkuasakan ke atas rakyat Palestin yang ditahan. Logo kecil di sebelah kanan baju itu pulak bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Pnjara Israel..

Tujuan sebenar penggunaan DP gambar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang mereka yang berada dalam tahanan yang sedang mengadakan Mogok Lapar yang terbesar dalam sejarah dunia.Gambar-gambar yang boleh digunakan tanda sokongan anda
Adakah dengan menukar DP di Facebook dapat membantu mereka? Tidak sebenarnya, tetapi kita boleh bersama-sama meningkatkan kesedaran kepada orang ramai untuk mereka mengetahui apa yang sedang berlaku di Palestin dan pastinya kita boleh berdoa untuk mereka di sana. Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Selain itu, 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.


Demonstrasi di Sepanyol


Credit :Facebook info

Apa yang penting kita sebagai Umat Islam di Malaysia khususnya perlulah menggunakan senjata terbaik kita bagi membantu saudara seIslam kita disana dengan berDOA  agar mereka bebas dari kekejaman Israel.

Wassalam..