Sep 24, 2011

Ada Hikmah Disebalik Kejadian


Assalamualaikum sume ^^
Pertemuan kita semua bukannya kebetulan.
Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.
Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?
Kadangkala manusia ini perlu diketuk sedikit, baru tersedar. Ada yang ketuk sekali tak sedar-sedar. Mungkin caranya tidak kena, dan caranya membuatkan dia terus pecah, atau yang mengetuk menyerah kalah.
Setiap manusia punya ujian masing-masing, kan?
Mungkin yang membuatkan kita rasa sukar untuk berubah adalah rasa tidak yakin terhadap diri.
Dan rasa tidak yakin ini hanya mampu diubat dengan satu cara sahaja, iaitu :-
"Yakin kepada Allah. Yakin dengan keyakinan yang tidak ber’tapi’. Yakin bahawa Allah itu Maha Teliti, dan Dia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. "
Tahukah anda, kita tanpa sengaja akan melakukan apa saja tanpa berfikir panjang hanya untuk memenuhi keinginan hati, tahukah anda apa yang kita lakukan itu betol ? berbaloi? kelihatan kurang cerdiknya? Hanya dengan pemikiran yang cetek, kita tergolong dalam golongan yang rugi. Terima lah wahai hati bahawa sesuatu yang terjadi itu telah dikawal dalam genggaman Allah S.W.T. Segalanya mempunyai hikmah ,maksud tersirat tersendiri. Akan tetapi bersabarlah wahai hati, mudah-mudahan kesabaran dirimu itu dibalas kebaikan.

Wassalam.

No comments: