Feb 29, 2012

Lancar hendaknya

Assalamualaikum :)

Jum baca doa ni selalu yup ^^
Bismillahhirrahmanirrahim.


Amin.



DOA NABI MUSA as.

DIPERMUDAH URUSAN, FASIH TUTUR BICARA, TERCAPAI HAJAT....INSY...AALLAH....

Baik dibacakan sebelum menghadiri temuduga, mengajar, berceramah, berjumpa dengan orang yang berpengaruh dan sebagainya.
...
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
“Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
“Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
“Supaya mereka faham perkataanku;
(Surah TaHa : Ayat 25-28)

Sesuai betul untuk aku, kat pejabat ni lidah aku macam terbelit2 nak terangkan maklumat kat operation manager, fmcg manager, salesman..angkat call sana sini, speaking English merapu2 tah pape..arghhh tertekan haha
Semenjak Mr Law @Fmcg manager datang minggu lepas, aku dengan En.Azman takde peluang langsung nak borak2 dating2  lagi :P
Ada je kerja nak dibuat..now meja aku bersepah..kena failkan dokumen2 ni pon curi2 masa update blog heee
 
Wassalam.

 
 
 
 

Feb 24, 2012

Wah AisKrim !!!

 

Sape tak suka aiskrim?? Kebanyakkan orang perempuan suka makan aiskrim, mira memang gila aiskrim dari dulu lagi. Ingat waktu teman mak pergi Family Store, selalu aku akan bertempek kat aunty jual aiskrim dalam mini market tu..mak aku dah faham dan selalu mengalah..tiap2 kali singgah makan bende sama :P
Aiskrim merupakan sejenis makanan tenusu yang beku seperti krim dan dicampurkan dengan pelbagai perasa dan pemanis. Campuran ini akan diadun dibawah takat beku dan dikacau sentiasa bagi mengelakkan pembentukan kristal ais yang besar. Umum diketahui aiskrim diadun di dalam bekas yang telah dimasukkan  ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Ini kerana, garam dapat bertindak ke atas air untuk berada di bawah titik beku air tulen.
Aiskrim dikenalpasti sebagai lemak tenusu untuk pencuci mulut beku dan makanan ringan dan sudah semestinya laku pabila musim panas tiba. Zaman sekarang ni mana2 boleh dapat aiskrim..tapi kenape dah takde orang jual aiskrim atas motor tu lagi? Matcool2..Paddlepop...uncle aiskrim sume dah tak lalu kat taman perumahan aku lagi..why!! =.=
McD Sundae Cornetto Coklat
Zaman dah bertambah maju...pilihan semakin demand, sekarang ni aku lebih suka beli aiskrim McD Sundae Cornetto coklat. Puas ati makan, cube ambek feel makan..masyuk la..Heaven orang kata =.=
Kadang2 ikut ngidam aku, singgah jap kat Teminal One beli sebelum balik keje, adek yang jual tu pon dah kenal aku haha
fine!


Aiskrim Malaysia
 Ingat lagi tak aiskrim Malaysia? paling femes zaman budak2 dulu..Sekarang nak dapat 10sen dah tak dapat dah..mahal kemain, kalau tak silap dh 20sen atau 30sen. Buat sendiri pon boleh, ni kira macam air yang dibekukan, berbeza dengan aiskrim biasa. Dulu kami adek beradik memang gila aiskrim ni..asyik2 muka kami je beli..perisa milo, asam boi sedap :)

Aiskrim Roti
Yang ini pulak kena makan cepat2 takut cair meleleh jatuh..sedap tak dapat, tangan melekit.
Beli aiskrim dan roti makan kat rumah, senang.

Heaven!! :D



Pelik2 je korang ni...sedap sangat ke?? Jom klik SINI untuk lebih banyak koleksi yang pelik ni!!
Di Jepun anda akan temui aiskrim2 yang begitu pelik ini..sungguh! pelik...
Mungkin tekak len2 kot ..sigh~

Aiskrim spageti dengan keju
Ye..bahan2 seperti namanya

Aiskrim Ikan
Diperbuat daripada isi ikan air masin

Aiskrim sotong
Diperbuat daripada dakwat hitam sotong
 ''Credit to the owner of the pictures: blog of Slangor2u'' and Mr Google :)

Wassalam <3

Feb 16, 2012

Ilmu itu Luas EA


Aii mira..dok update blog je hari ini..heee
Semenjak aku bekerja ni, semakin hari banyak info yang aku dapat dari En. Azman merangkap Operation Manager aku dekat Naza Eftra Seremban. Orangnya berilmu pengetahuan luas, tanya la hal ehwal bisnes, ragam2 perniagaa golongan cina mahupun melayu, bahkan hal ehwal agama ,insyAllah dia boleh kongsi..tak lokek ilmu

Mula2 aku dapat call interview dulu, dia yang call..aku dah mula terbayang seorang pemuda bersuara macho..ahakk (gatai!) tup tup sampai hari yang ditetapkan..ketemu la aku dengan seorang lelaki yang berpangkat ayah bagi aku..berkopiah..peramah dan boleh dibawak berborak2..meleset sekali tekaan aku tu..di campak jauh2 hayalan ke tong sampah..dushh!
Best sangat dapat berborak dengan dia, bayangkan..aku tanya soalan pendek je..dia punya jawapan sampai 1 buku novel..ok tipo

Ada sekali tu..aku tanya pasal kewujudan manusia..camtu kot..(lupa tanya apa) sekali dia cerita keseluruhan kejadian manusia pertama di bumi..Adam dan Hawa..darimana terciptanya manusia? dari segumpal tanah yang paling kotor dari bumi dan diolah menjadi makhluk yang cantik, putihnya kulit Adam seputih kulit bawah kuku jari kita, bagaimana mereka ketemu di bumi..di Arafah, perihal syaitan, jin, malaikat, syurga..alahai..tak ter rewind aku..(saya tak terer sejarah sebab otak saya matematik) hihi
so..disebabkan aku memang minat mendengar cerita2 sejarah dan ilmuan ni..aku bagai dipukau je la..respon bila perlu ahakk

Best part, dia dapat membaca fizikal dan perwatakkan seseorang tanpa perlu berjumpa dengan mereka..agak mengagumkan..mana taknye..sama dengan yang realiti
biarpon kadang2 orang kata benda ni karut belaka..tapi pada asalnya ilham yang mereka dapat ni dari kebenaran Allah jua kan?
Tu hanya pendapat saja, jangan terlalu obses sangat..payah~~

aku suka bertanya, dia pulak suka melayan soalan aku hehe
 katanya dengan menggunakan bacaan hati yang pertama dan ilmu membezakan antara huruf2 nama seseorang..

Sebab itu Penting bagi bakal2 ibu bapa memilih nama yang baik2 untuk anak mereka, impak yang sangat besar maksud dan panggilan seseorang itu. Tahu kah anda, kita boleh membaca tulisan nama dekat uri2 ketika menyambut bayi (bagi golongan ayah) dimana memang telah ditetapkan sesuatu itu sebelum kejadian oleh Allah S.W.T.
jangan la nama dah sedap2 Aaron Aziz panggil Bob..(Bob? hantam ja la)
sebab apa maksud Bob tu?
kan sedap nama Amirah..dipanggil Amirah jugak..(Amirah = puteri) kan sejuk je hati den donga..hihi
Jom tuntut ilmu lebih!
Tak berani sebenarnya nak bentangkan hal ehwal islamik ni..takut salah info pulak, secara kasarnya terlampau banyak perkara yang didunia mahupon akhirat yang tak terkupas oleh kita makhluk Allah yang kerdil.

Overall, banyak ilmu yang perlu kita tuntut, banyak bahan bacaan dibaca, luas pengetahuan..tak la nanti..tergagap2 nak menjawab bila ditanya..aiyakkk
En. Azman the best!! semoga diberkati Allah selalu..amin.

Wassalam.

Bila waktu T'lah berakhir- Opick


Hayati bait2 lirik lagu ini ye semua..
Mula2 nak cari lagu nasyid dari Malaysia..Saujana..Rabbani..almaklum nak start menghayati islamik pulak heee
sekali terjumpa lagu bila waktu t'lah berakhir dari Opick..penyanyi negara seberang..boleh tahan best eyh!
sungguh syahdu dan bermakna sekali hasil seni yang dihasilkan
la ni..aku dok ulang2 dengar lagu yang sama..

Selamat menghayati~~ <3

1 step kehidupan


Hari ini salesman tak buat sales, so aku tak banyak kerja nak buat, terasa nak update blog..walaupon memang kalau dok office ni..aku always on9 sana sini..dah sebati dalam diri ni dari zaman kolej lagi :P
tapi kerja tetap aku buat and settlekan. pandai2 le nak adjust masa haha
Bila dah beralih professional pelajar ke pekerja, dah lain la tugas dan tanggungjawab aku kan..
Baru ingat nak heaven dapat gaji dari hasil titik peluh sendiri..tup tup..dapat surat bayar balik pinjaman kat rumah..haha =.=
sabo je la
bukan 1..tapi 2 surat tuntutan..ya la..aku bukan orang senang, demi masa depan semua tu..
yang tak bole bla..de 1 surat ni siap sisipkan kata2 peringatan atau nota kaki..siap hadis bagai berkenaan balasan orang yang tak membayar  hutang..zzzz ..aku tahu la nak bayo... :P

Terjadilah terkanan disitu >.< haha
Alhamdulillah la dapat cover sume tu..pandai2 la ko miera!! nanti tak dapat la nak beli selendang,kasut,beg,bla3...tettt..tak jugak tu..actually aku suka sangat jalan2..tak kesah la mana2, tak boleh duduk diam sampaikan mak dah cop aku kaki jalan errr fine hihi
tapi sesungguhnya wahai abah dan mak..saya pandai jaga diri..jangan risau eyh hihi
so, xdapat la nak jalan2 sangat membayangkan kena bajet kewangan..tu citenye..Tapi ikutkan kedegilan aku..memang terbolos gak lak ke KL..jangan tak tahu, berjalan kaki itu adalah senaman yang sihat hahak
sesuai sangat la dengan keadaan aku yang hampir setiap masa duduk mengeras kat office tu...hujung minggu excersice kan kan kan
Banyak betul perancangan yang dah mula bermain di fikiran sekarang ini, buat persiapan diri di dunia tak lupa akhirat.. hampir setiap masa otak ligat berfikir..tembus sampai ke langit ke-7 fuhh
Plan ape eyh? tett akan dicerita setelah terjadi..insyAllah :)

Feb 9, 2012

Dah dikata Jangan~~

Jangan BERMANJA pada yang TAK HALAL.
 Jangan BERCERITA pada yang TAK AMANAH.
 Jangan PAKSA pada yang TAK SETIA.
 Jangan UNGKIT pada yang TAK MENGHARGAI.
 Jangan BENCI pada yang TAK MENGERTI.
Jangan BERHARAP pada yang TAK SUDI.
 Jangan MEMAKSA pada yang TAK CINTA.
 Jangan CINTA pada yang TAK RELA.
*credit to pakar diari hati
Sesungguhnya terlalu banyak perkara yang perlu dijaga, tersentuh rasa dihati..banyak kali diri ini tersasar jauh..silap percaturan..
sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
cabaran dan dugaan mendewasakan usia
MUNGKINkah berdiam diri  dan hanya bermanja, bercerita,mengharap dan mencintai Allah lebih baik dari manusia?
Tak semua perkara yang kita harapkan seperti apa yang diharapkan..kan...
Berpada-pada la dalam kehidupan
Peringatan kita bersama :)
 
Fikir-fikirkan lah ^_^
 
 

Feb 1, 2012

Riang di Kota keRiangan

28 Jan 2012.Alhamdulillah tercapai juga hasrat ke Genting Highland hihi
walaupon hanya ke Genting aje..its ok..cabaran untuk main game yang extreme tercapai gak..gile ko nak tercabut jantung ..tertinggal atas jantung pon ada..konon2nye la haha
Happy and enjoy with my siblings and friends Thanks to you all <3 bersama2 lah kita menempuh saat2 genting bersama2 lagi ahakkss

 + Siblings +

+ Friends +
Sempat naik yang extreme2 je..pirate ship, space shot, solero, buaian pusing2(xtaw nama) dan spiderman tu je. Kesuntukkan masa sebenarnye..aiyak
Ramai golongan manusia yang datang, yang tua trus jadi kanak2 waktu kat sana..geleng pale tengok ahaiii haha
Tak salah an kalau niat kita baik mengeratkan silaturrahim antara saudara sesama Islam an :)
Ramai2 lagi meriah, bawa makanan dari rumah lebih disarankan, sebab makanan dekat sini berganda harganya hik3 adatla an.

Alhamdulillah waktu sampai tu, matahari tersenyum mekar ceh3, tak payah pakai sweater pon..waktu balik baru la mendung dan berkabus tebal, last2 hujan renyai2 time perjalanan balik.
Kesimpulannya, terhibur,penat,sesat antara kebanjiran manusia haha, teringat waktu sesi latihan kemahiran silat dulu..penat gile time balik hihik.
Plan betol2, hari, waktu dan perjalanan ye kawan2 ^__^
yang terbaru, Bulan 2 ni..ada pakej RM53 ke Genting Highland..skali ulang alik dari lrt Gombak Putra ke Kereta kabel Genting!! Bestnya..:D
kalau nak view lagi pic sila2 la tengok kat album di LUruh Jantung Aku :P


Wekk!! kat korang2 + gaya bebas haha +

Thanks ya keep in touch
Wassalam.