Dec 12, 2013

Tabiat 1

Assalamualaikum :)

Rasanya setiap orang ada tabiat tersendirikan? maksudnya setiap kali bila berhadapan dengan sesuatu, automatik kita akan melakukan satu kelakuan tanpa dikawal hehe
~idea takde sebenarnye  (hantam sja la)
Macam aku sendri, tak taw knpe kalau lalu bersebelahan butik baju pengantin..mesti mata ni tak lepas memandang pameran gaun2 yang megah berdiri di dalam bilik kaca, cantik sangat ok!  haha
feeling2 nak jdi puteri raja >.<  mungkin dulu terlampau layan cite barbie mungkin..mungkin

*contoh


simple is better :)
gambar dari Google,Sekian,
Wassalam.

Oct 14, 2013

lagi-lagi Broga

Assalamualaikum,

28Sep13- Aktiviti bersama PMI kolej (persatuan mahasiswa Islam) kalau tak silap maksudnye :P
Untuk kali ke-3 dan lagi meriah sebab pergi ramai2 1 bas :) Si Anna la ni..mengajak tak sudah, takpe tak salah orang pon hehe. Sweet sangat adek2 yang join ni..sejuk mata memandang, pemandangan kali ni lagi cantik, sebab kami bertolak seawal jam 5.30 pagi, solat jemaah subuh di sana dan suasananya amat menarik..dikala pertukaran kegelapan subuh ke pagi hari yang terik..awesome!

Memandangkan ramai sangat orang luar di sana, tak dapat la nak mendaki sampai ke puncak teratas..almaklumla puncak ke-4 ni agak sempit keluasannya. Teringin ke Gunung Tok Wan, bersebelahan dengan Bukit Broga je pon...next time InsyaAllah.

Wassalam.
~teringin nak buat terjunan bungee

23

Assalamualaikum,

Alhamdulillah 23 sudah umur aku.. masih bernafas hingga kini..masih mencari cahaya keredhaanMu..masih terlalu banyak kekhilafan diri terjadi...Masih panjang Perjalanan diri aku menanti.

Tabahkan diri,

Terima kasih,

Terima kasih .
Hanya Allah dapat membalas segala jasa baik, kenangan terindah antara aku dan kamu.
Terima kasih sahabatku Bit, Liza, juga mereka yang terlibat meraikan diri ini. Walaupun rasaku susah ditafsir, namun terlindung seribu perasaan.

Wassalam. ^__^




Aug 10, 2013

Hang Out pre-raya

Assalamualaikum salam sejahtera ..

Haa hambik..bertalu-talu post :P hang out dengan Ain Tomey dan adek die..takde gambar adek dia lak.
Teman diorang shopping raya~Seremban-The Mines-Nilai 3-down town Senawang, lama tak jumpa sebenarnya..rezeki kamu Ain, Im glad to know that :)
Life must go on ^.^
Kita akan merasa rindu itu apabila sudah tiada didepan mata hik!

Wassalam.

Hang out Raya !!

Assalamualaikum salam sejahtera :)

8Aug13~Raya pertama dah keluar pergi KL ..teman dak tiut sorang ni Puteri beraya, beraya sorang2 katanya..tapi sorry la ..lambat datang..

Lain kali kita plan lain pulak ye! fotoshot banyak2 :)  btw cantik jubah tuu ^.^ .

Wassalam.