Feb 24, 2012

Wah AisKrim !!!

 

Sape tak suka aiskrim?? Kebanyakkan orang perempuan suka makan aiskrim, mira memang gila aiskrim dari dulu lagi. Ingat waktu teman mak pergi Family Store, selalu aku akan bertempek kat aunty jual aiskrim dalam mini market tu..mak aku dah faham dan selalu mengalah..tiap2 kali singgah makan bende sama :P
Aiskrim merupakan sejenis makanan tenusu yang beku seperti krim dan dicampurkan dengan pelbagai perasa dan pemanis. Campuran ini akan diadun dibawah takat beku dan dikacau sentiasa bagi mengelakkan pembentukan kristal ais yang besar. Umum diketahui aiskrim diadun di dalam bekas yang telah dimasukkan  ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Ini kerana, garam dapat bertindak ke atas air untuk berada di bawah titik beku air tulen.
Aiskrim dikenalpasti sebagai lemak tenusu untuk pencuci mulut beku dan makanan ringan dan sudah semestinya laku pabila musim panas tiba. Zaman sekarang ni mana2 boleh dapat aiskrim..tapi kenape dah takde orang jual aiskrim atas motor tu lagi? Matcool2..Paddlepop...uncle aiskrim sume dah tak lalu kat taman perumahan aku lagi..why!! =.=
McD Sundae Cornetto Coklat
Zaman dah bertambah maju...pilihan semakin demand, sekarang ni aku lebih suka beli aiskrim McD Sundae Cornetto coklat. Puas ati makan, cube ambek feel makan..masyuk la..Heaven orang kata =.=
Kadang2 ikut ngidam aku, singgah jap kat Teminal One beli sebelum balik keje, adek yang jual tu pon dah kenal aku haha
fine!


Aiskrim Malaysia
 Ingat lagi tak aiskrim Malaysia? paling femes zaman budak2 dulu..Sekarang nak dapat 10sen dah tak dapat dah..mahal kemain, kalau tak silap dh 20sen atau 30sen. Buat sendiri pon boleh, ni kira macam air yang dibekukan, berbeza dengan aiskrim biasa. Dulu kami adek beradik memang gila aiskrim ni..asyik2 muka kami je beli..perisa milo, asam boi sedap :)

Aiskrim Roti
Yang ini pulak kena makan cepat2 takut cair meleleh jatuh..sedap tak dapat, tangan melekit.
Beli aiskrim dan roti makan kat rumah, senang.

Heaven!! :D



Pelik2 je korang ni...sedap sangat ke?? Jom klik SINI untuk lebih banyak koleksi yang pelik ni!!
Di Jepun anda akan temui aiskrim2 yang begitu pelik ini..sungguh! pelik...
Mungkin tekak len2 kot ..sigh~

Aiskrim spageti dengan keju
Ye..bahan2 seperti namanya

Aiskrim Ikan
Diperbuat daripada isi ikan air masin

Aiskrim sotong
Diperbuat daripada dakwat hitam sotong
 ''Credit to the owner of the pictures: blog of Slangor2u'' and Mr Google :)

Wassalam <3

No comments: