Sep 26, 2011

Islam Tag ke Facebook??

Assalamualaikum sume ^^


Korang2 semua dah ada akaun IslamTag lom?? yang ade tu leh la add Puteri Amirah Ghani k.. :)
penah dengar lum laman sosial ni? hampir mirip dengan Facebook juga tapi  lebih Islamic..tenang je hati bila dapat dengar..hayati alunan ayat2 suci Al-Quran kat sini.

view
Pe yang lebih penting..laman sosial ni lebih privasi dari FB sekarang ni...tapi terpulang lah masing2 punya pilihan kan..sama je fungsi laman ni..hihi
Comel je..bila hendak IM sini..ada pilihan lukis2..main game..chatrooms dan banyak lagi..

+yang belum buat lagi akaun..sila2 la berbuat demikian :
www.islamtag.com
Tag yourself with the beauty of Islam IslamTag ... The one and only social network that respects all religion

p/s : Tengah blur2 lagi nak guna IslamTag ni..tengah explore lagi..
       Selamat ketemu disana!! :)

Sep 25, 2011

Belum Tiba Saatnya


Assalamualaikum suma ^^
Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.

Sep 24, 2011

Ada Hikmah Disebalik Kejadian


Assalamualaikum sume ^^
Pertemuan kita semua bukannya kebetulan.
Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.
Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?
Kadangkala manusia ini perlu diketuk sedikit, baru tersedar. Ada yang ketuk sekali tak sedar-sedar. Mungkin caranya tidak kena, dan caranya membuatkan dia terus pecah, atau yang mengetuk menyerah kalah.
Setiap manusia punya ujian masing-masing, kan?
Mungkin yang membuatkan kita rasa sukar untuk berubah adalah rasa tidak yakin terhadap diri.
Dan rasa tidak yakin ini hanya mampu diubat dengan satu cara sahaja, iaitu :-
"Yakin kepada Allah. Yakin dengan keyakinan yang tidak ber’tapi’. Yakin bahawa Allah itu Maha Teliti, dan Dia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. "
Tahukah anda, kita tanpa sengaja akan melakukan apa saja tanpa berfikir panjang hanya untuk memenuhi keinginan hati, tahukah anda apa yang kita lakukan itu betol ? berbaloi? kelihatan kurang cerdiknya? Hanya dengan pemikiran yang cetek, kita tergolong dalam golongan yang rugi. Terima lah wahai hati bahawa sesuatu yang terjadi itu telah dikawal dalam genggaman Allah S.W.T. Segalanya mempunyai hikmah ,maksud tersirat tersendiri. Akan tetapi bersabarlah wahai hati, mudah-mudahan kesabaran dirimu itu dibalas kebaikan.

Wassalam.

Sep 20, 2011

Mendiami Syurga kah kita?


Assalamualaikum..^^

Rajin lak hari ini nak update blog ni..banyak pulak post ari ni erk..heee
Terasa hendak berkongsi artikel ni..Mesti ramai golongan wanita inginkan diri mereka tergolong dalam golongan yang diterima masuk ke dalam syurga..ye yakin..marilah kita sama2 check balik cara kehidupan, perilaku seharian kita adakah menepati ciri2 yang diterima??


Antara ciri-ciri yang menjelaskan wanita boleh mendiami syurga ialah:-
1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada tuhan lain yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan pergi haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekkan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

“.. Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)
Semoga kita kearah itu dan kuat teguh keimanan, insyAllah.

Wassalam.

Ketemu bersua

Assalamualaikum..suma ^^
17 sep~~
hampir licin ayam tu..haha

Ok..jumpe lagi aku dengan bestfren aku ni..walaupon orang jauh..Alhamdulillah diberi kesempatan jua. Tempat rasmi dh macam dekat 1 tempat tu je...haish..pon boleh..tak reti sangat area KL ni..teheee

Sory sangat2 kalau ade buat terasa hati, tersinggung..tak sengaja..len kali jangan la pendam sendiri..t balik2 kite gak yang perasan sendiri..tak best dah macam tu.

OK..hari tu 'the best' dari pertemuan sebelum ni..walaupon makan je..U look different than before and i like it..hahaha..

+haa..leh lak terjumpe org kg senawang kt sana..sakan borak taw..