Aug 10, 2013

Salam Aidilfitri 2013 :)

Assalamualaikum salam sejahtera ke atas kalian semua

8August2013~ Dimana kita seluruh umat Islam meraikan kemenangan dari menahan diri lapar dan dahaga disamping memperbanyakkan amalan beribadat kepadaNya di bulan Ramadhan, bulan mulia.

Bagaikan tak terasa sebulan itu, sekejap je rase mungkin sebab terlalu padat dengan aktiviti sebagai seorang pelajar. Terlampau banyak yang perlu aku perbaiki diri ini, niat tidak memandai jika kita tak menggerakkan diri kita hurm..
Insya Allah ketemu di Ramadhan seterusnya.

Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri semua!! semoga bergembira bersama keluarga tersayang dan beristiqomah dalam beribadat.

Tahun ni amat sederhana, aku hanya dapat sambut pada raya pertama je..tu je yang meriah hee, dengan keluarga di Seremban dan berkunjung rumah saudara berdekatan.

5 dari 8

Wassalam.

Jun 25, 2013

Mendaki Bukit Broga

Assalamualaikum.. salam sejahtera..

23Jun13- Aktiviti mendaki Bukit Broga atau lebih dikenali Bukit Lalang bersama Along, lokasi di Semenyih, Selangor. Puncak tertinggi hanya 400 meter.. terdapat 4 peringkat yang kena di lalu untuk sampai ke puncak, di mana di puncak lah terdapat papan tanda dikira anda berjaya kepuncak. Setiap aras adalah berbeza dan tak la jauh sangat, sesuai untuk pendaki yang kali pertama nak merasa mendaki macam.... aku (^.^). Keadaannya agak berpasir , curam tapi mudah untuk didaki kerana terdapat kesan-kesan  pendakian dan terdapat bantuan tali tersedia. Paling penting stamina yang tinggi dan tak la cepat pancit..(banyak kali gak la aku benti rehat kejap :))) Kalau susah nak naik..kite hulur tangan je kat along kite..haha. Permandangan memang sangat menarik, kehijauan luas terbentang..ramai yang biasanya datang buat photoshot di sini, ok.

Waktu tu jerebu teruk jugak la.. tapi ada jugak orang naik tu.. kami join naik la sama, pemandangan sedikit kabur.. next time nak naik lagi :)


Pasti kan anda membawa/memakai kelengkapan mendaki yang bersesuaian seperti air mineral, topi, kain lap..kot berpeluh sakan.., pakai kasut yang bersesuaian, lampu suluh (kalau pergi waktu subuh)..(aku pakai kasut kanvas biase je..sempoi abes dengan tak warm up nye.. >.< lepas tu kesan lenguhnye sampai 1 @ 2 hari >.<)

Pendakian bermula melalui ladang kelapa sawit dan terdapat gerai jual air minuman, kemudahan tandas dan surau disediakan.
Terdapat Rabbit Fun Land berhadapan pintu masuk ke Bukit Broga.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila la rujuk DISINI atau lain2 info :)

Wassalam.
PeaCe! from broGa hiLL

Jun 13, 2013

Chini 5 ,Pahang.


Assalamualaikum.

8Jun13-Entri kali ini berkenaan perjalanan kami berlima sekeluaga ke felda Chini 5, Pahang.. meraikan majlis cukur jambul ,anak buah...Nur Qairina Umairah, semoga menjadi anak yang solehah dan kenduri kahwin sepupu, semoga berkekalan ke Jannah. Best sangat dapat berkumpul ramai-ramai dengan keluarga belah mak.
Biar gambar menceritakan suasana ^_^.



tiga generasi
feeling2 jap haha
family
kaklang ema
bunga mawar
Tasik Chini
seni di jari :P
Wassalam.





Jun 6, 2013

Selatan ke Utara

Assalamualaikum.. salam sejahtera.

17May-21May13, Pengembaraan percutian ke utara sempena cuti semester kedua..weee
Bila dah rancang awal-awal ni..habis semua tempat yang sempat aku jelajah, pergi kenduri kahwin rakan disana, mustaqim dan ayu, jalan-jalan penang: Line clear nasi kandar, padang kota, Queensbay Mall, Bukit Jambul, sempat beli jeruk madu Pak Ali (orang kirim) jumpa kawan-kawan utara sana, beli ole2 sikit .. almost best! for the first time :)
Cuti dipenuhi dengan memori indah bersama mereka yang meluangkan sedikit masa walaupun masing-masing sibuk. Terima Kasih :) Alhamdulillah :)
Sebenarnya susah untuk aku curi masa bercuti sejauh macam ni..sungguh.. sebab aku kaki duduk nogori je :P

Orang penang baik belaka, mungkin sebab abang kat terminal Sg.Nibong tu offer aku bank power agaknya ..dan-dan bateri fon nak mati +.+ .
Jalan penang agak mengelirukan... buktinya kami banyak kali sesat jalan haha ..naseb baik dalam pulau je ..


kidah
kucing pantai >.<
Mustaqim dan Ayu
peace from penang! >.<
"Penang Island"
K.A.M.I
suriramram su..riramramram suriram... yang manisss...
Entri diakhiri dengan serangkap pantun...

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan

Panjang umur kesana lagi ^_^

Wassalam.

Apr 12, 2013

Wahai muslimah sekalian

Assalamualaikum... Salam sejahtera..





Wanita sanggup untuk setia andai kerana lelaki yang menarik hatinya itu beri harapan.. ITU KESILAPAN!

Seharusnya, setialah andai lelaki itu beri kepastian dalam tindakannya. FAHAMKAN :)

credit to pakar diari hati

p/s: pengalaman mengajar kita 
Wassalam.