Jun 25, 2013

Mendaki Bukit Broga

Assalamualaikum.. salam sejahtera..

23Jun13- Aktiviti mendaki Bukit Broga atau lebih dikenali Bukit Lalang bersama Along, lokasi di Semenyih, Selangor. Puncak tertinggi hanya 400 meter.. terdapat 4 peringkat yang kena di lalu untuk sampai ke puncak, di mana di puncak lah terdapat papan tanda dikira anda berjaya kepuncak. Setiap aras adalah berbeza dan tak la jauh sangat, sesuai untuk pendaki yang kali pertama nak merasa mendaki macam.... aku (^.^). Keadaannya agak berpasir , curam tapi mudah untuk didaki kerana terdapat kesan-kesan  pendakian dan terdapat bantuan tali tersedia. Paling penting stamina yang tinggi dan tak la cepat pancit..(banyak kali gak la aku benti rehat kejap :))) Kalau susah nak naik..kite hulur tangan je kat along kite..haha. Permandangan memang sangat menarik, kehijauan luas terbentang..ramai yang biasanya datang buat photoshot di sini, ok.

Waktu tu jerebu teruk jugak la.. tapi ada jugak orang naik tu.. kami join naik la sama, pemandangan sedikit kabur.. next time nak naik lagi :)


Pasti kan anda membawa/memakai kelengkapan mendaki yang bersesuaian seperti air mineral, topi, kain lap..kot berpeluh sakan.., pakai kasut yang bersesuaian, lampu suluh (kalau pergi waktu subuh)..(aku pakai kasut kanvas biase je..sempoi abes dengan tak warm up nye.. >.< lepas tu kesan lenguhnye sampai 1 @ 2 hari >.<)

Pendakian bermula melalui ladang kelapa sawit dan terdapat gerai jual air minuman, kemudahan tandas dan surau disediakan.
Terdapat Rabbit Fun Land berhadapan pintu masuk ke Bukit Broga.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila la rujuk DISINI atau lain2 info :)

Wassalam.
PeaCe! from broGa hiLL

2 comments:

aindzaya said...

wah bestnyerr! ramai dah orang dtg ni, tp ain tak berkesempatan pun...cantik pulak tu view..jelesss

miera-in said...

best! :) klo de peluang dtg la :D