Jul 20, 2012

Salam Ramadhan'12

Assalamualaikum, 
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, harap semua umat Islam dapat melaksanakan ibadah dengan sebaik-baiknya, perbaiki diri, tingkatkan amal,( khatam Al-quran sebulan..dpt tip dengan membaca 2 muka surat sebelom dan selepas solat setiap kali solat) Moga dibulan Ramadhan ini kita dapat mengaut keberkatan ,pahala berlipat ganda.. dikesempatan ini saya ingin memohon ampun jika ada ter3 yang mengguris perasaan,hati,limpa,jantung dikala mengepost entri, buah fikiran, segala hubungan sekeliling..tak sengaja hihi *(serius k)
Ae-man- Ramadhan Bulan Puasa

~~nak sahut cabaran turun berat badan boleh? :P 
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Suka suki~ Faham tak maksud lagu ni? Dapat dari seorang hamba bertahun-tahun dahulu....nice one :)

ok..Thanks sudi2 luangkan masa ^__^

Jul 3, 2012

Akhirnya begini~



Assalamualaikum..salam sejahtera..  and have a beautiful day!
Lagi 2 bulan lagi untuk aku bersedia menyambungkan pengajian ke peringkat ijazah di Mantin lagi..degree in business studies..doakan aku dapat skor dengan cemerlang yup! 1 1/2 tahun je lagi..
Ucapkan selamat tinggal tempat kerja..insyAllah kalau masih terbuka rezeki disana lagi..ada la aku kat sane bekerjasama menaikkan company tu  nanti :)
Banyak bende aku belajar kat sana..dengan pengunduran aku nanti ..aku harap peningkatan yang baik dari korang. Sebenarnya 2 Julai semalam dah start kelas orientasi..tapi aku tak pergi pon..nak teros g kelas bulan september ni je ..dengar kata kedatangan diambil kira..aiyaaaa tengok la macam mana nanti. nak kumpul duit konvo bulan Oktober ni..ckup 2 bulan ok la.
Rasanya keputusan yang aku ambik ni memang secara tiba2..(suka benar aku wat keputusan last minit) mak abah pon terkejut...InsyAllah dipermudahkan...untung2 dapat menjamin masa hadapan..mana tahu.TQBit :)

Semalam..last day kita reply mesej..tak tahu kenapa...mohon diberikan jawapan suatu hari nanti..kerana sesuatu berlaku mestilah ada hikmahnya...masing2 dah ada life sendiri.semua orang pon sama..masing2 akan ada arah tuju tersendiri.. (tersasar jap) hee

Akhir kata selamat maju jaya semua!!!
Wassalam..









Jun 29, 2012

Star Archery

Assalamualaikum and Very good morning!
26 May 2012~flash back
Star Archery Berjaya Time Square,KL,148 anak panah =RM 30 kami kongsi 1 voucer :)...vaucer murah gile..main sampai tak larat =.=  Liza , Bit dan aku  First time main ..biasa la tersasar haha
Esoknye badan sakit2..lenguh ..
with Liza

b'tmbh sihat arghh

kah3 pon bole :P

Dah abeh main memanah..kita pergi layan keroncong ghazal perut ni..Bege Kukus rusa,kambing dan arnab (len topik tibe2) :))


Wassalam..Tq

Jun 24, 2012

Uhkuwah


Assalamualaikum, how are you there? Have a nice weekend! hopefully :)
Salam ukhuwah buat para pembaca sekalian, lama tak kemas kini blog ni..sibuk dengan kerja,kerja,kerja
Hidup ni hanya untuk penyelesaikan masalah sahaja!~~bak kata seorang insan la..bila dipikirkan balik..ada betulnye..bangun tido,kita kena selalu berdoa agar dipermudahkan hari yang mendatang pagi2 tu kalau boleh dalam perjalanan ke tempat kerja, beristighfar,selawat baca bismillah banyak2 (tu cara aku la ) nak bagi tenang dan suka ke tempat kerja hihi (liat pergi kerja tapi dah tanggungjawab) go3! miera!

meja kerja
Tamat Intro =.=




” uhibbuki fillah.. ”= sayang kamu kerana Allah
” ukhuwah fillah "= ukhuwah kerana Allah

Sesungguhnya jauh sekali peribadi aku untuk menjadi kawan malah sahabat yang baik, hanya sedaya upaya yang termampu oleh jasad kerdil ini, kadang kala aku bantu sahabat aku hanya yang termampu je..tapi bagi pihak dia,seolah-olah besar bantuan yang aku dah bagi..terharu..terkesima sekejap  tak de niat pape takde niat lain..syukur la kalau itu amat menyenangkan, maaf jika terdapat banyak kekurangan..dont worry,u will know me better..yet..
Aku berusaha menjadi dikalangan orang yang terbaik insyAllah 

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." [Q.S. ar-Ra'd 13:11]

Lain pulak dari pihak aku, mula2 dulo aku ni mudah salah sangka dengan kebaikan seseorang, sekarang baru ku sedar tiada lebih dan kurang sekadar sahabat. Baik sangat, aku akui!  Aku cuba berfikiran positif, biarlah seorang itu saja pergi tanpa khabar berita secara tiba-2, yes! aku rindo die :(

Sekarang ni, Alhamdulillah ramai kawan yang aku kenal dari seorang sahabat ni..semuanya buat masa ni leh masuk kepala la jugak..happening, sama minat, kaki shopping, sejuk mata dan hati bila dipandang..suke3, peramah..sometimes gilo! haha yang paling best..aku tak penah g tempat korang >.<

TQ ye..dah jadi egen cari kawan lak ko :D sangat menghargainya ^_^

Bagi pendapat aku la, kita boleh je berkawan dengan sesiapa saja, atas niat yang baik..baik lelaki dan perempuan..tapi ada tapinye....kena la pandai2 jarakkan pergaulan dengan lelaki...dulu len..skarang len..bila dah bertambah umur ni..cara berfikir dah lain..hurm...tak kira la sesiapa pon..asalkan aku kenal,pernah kenal korang..rapat..suam-suam kuku..terputus tiba2..dan jangan pernah menyindir aku mempunyai segolongan kawan..sama je semua bagi aku..semoga pengenalan antara kita ini diberkati Allah, insyAllah. 

Sila la klik link lagu >>  Sahabat sejati
Thank you 
Wassalam :)



May 20, 2012

Hari Nakbah



Assalamualaikum dan Selamat Sejahterai nye pon adoi ter ber.. 

Sudah agak berkurun lama beta tidak mencemar duli ke atas blog ini..jadual kerja telah membataskan jari jemari beta untuk menari2 mencurahkan info2 menarik hati beta di sini..

ehem2..back to basic :P

Banyak cerita yang aku nak kongsi kali ini..
minggu lepas..15 Mei kecoh warga2 muka buku Islam yang berkongsi post sokongan dengan menukar Display Picture kepada karikator coklat,mata bertutup bagaikan seorang tahanan...sebagai tanda sokongan terhadap tahanan Palestin yang tengah kelaparan akibat diseksa oleh Israel.


Mungkin ramai yang keliru apa maksud tersirat/tersurat gambar ni..


Sebenarnya itu menunjukkan gambar seseorang tahanan atau banduan rakyat Palestin. Baju berwarna coklat itu merupakan pakaian yang dikuatkuasakan ke atas rakyat Palestin yang ditahan. Logo kecil di sebelah kanan baju itu pulak bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Pnjara Israel..

Tujuan sebenar penggunaan DP gambar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang mereka yang berada dalam tahanan yang sedang mengadakan Mogok Lapar yang terbesar dalam sejarah dunia.Gambar-gambar yang boleh digunakan tanda sokongan anda
Adakah dengan menukar DP di Facebook dapat membantu mereka? Tidak sebenarnya, tetapi kita boleh bersama-sama meningkatkan kesedaran kepada orang ramai untuk mereka mengetahui apa yang sedang berlaku di Palestin dan pastinya kita boleh berdoa untuk mereka di sana. Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Selain itu, 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.


Demonstrasi di Sepanyol


Credit :Facebook info

Apa yang penting kita sebagai Umat Islam di Malaysia khususnya perlulah menggunakan senjata terbaik kita bagi membantu saudara seIslam kita disana dengan berDOA  agar mereka bebas dari kekejaman Israel.

Wassalam..