Apr 30, 2012

Tak nak pikir

Assalamualaikum semua ^__^



Sungguh mencabar alam pekerjaan kan..lagi mencabar pada yang baru nak menimba pengalaman kerja.
Macam aku adeshh..serabut kepala pikir pasal masalah kerja ni..nak wat macam mana..kat semua tempat macam ni ye dak?

Bulan April ni aku bagi kan nama bulan tension haha
Tapi lama2 keadaan jadi ok..harap-harap la..
hampir 12 jam dok terperap dalam ofis..matahari pon jarang2 jumpa..:P
kalau pakai krim fair n lovely tiap2 hari camni..mau cerah nyata kot..=.=
balik malam..pagi kua..rumah? adesh..tengah susun jadual masa dengan baik pelahan-pelahan :)


Ok esok cuti..Selamat hari Buruh bagi yang bekerja hihi


P/s: to my lovely friend if u noe..aku pernah suka ko dlo...segan lak ble diingatkan hahaha 


Thanks sudi baca..Semoga Allah memberkati jalan yang kita pilih ^__^

Wassalam.

Apr 16, 2012

Hadramawt



Assalamualaikum >.< dan Selamat sejahtera :)

Just nak kongsi pengalaman bersantapan di restoran Hadramawt, KL minggu lepas :)
restoran makanan arab
kami berempat dengan gembiranya menggunakan voucher yang kami beli..so dapat harga murah kalau tak memang tak la datang :P
Kami pilih set makanan yang berbeza..kalau tak silap kebab ayam dan kambing, nasi beriani ayam dan kambing..
salad+ sambal pencicah+tea ice lemon
pencuci mulut = teh panas + tembikai, kalau tak dapat la merasa basbusah(pencuci mulut arab) tapi no stock lak =.=
semuanya RM 17.50 agak berbaloi ^.^
Berhampiran Pavilion (gambar dr google)

bersama Amni, Bit dan Liza


Macam mana nak dapat vocher murah-murah?? SINI
daftar dulu, kemudian anda akan mendapat pelbagai jenis tawaran  harga servis yang murah setiap masa..cepat!! ^_^

Wassalam .

Apr 5, 2012

Penghulu segala ayat Al-Quran

Assalamualaikum :)
Just hendak berkongsi kebaikan ayat Al-Quran dan telah terbukti kebaikannya bagi mereka yang mengamalkannya dengan penuh rendah diri..memahami dengan baik ayatnya.
Alhamdulillah masalah yang sering mengganggu aku dari form 5 hingga tahun lepas dah tidak datang menjelma.
Tak semua tahu yang aku sering diganggu ketika tidur..seperti sesuatu yang datang menghimpit..sesak nafas..Allah je la yang tahu.

Berkat membaca ayat Al-Kursi ini sedikit sebanyak menyelamatkan diri dari kejadian tak diingini dan memelihara kita dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku..Allahualam.
Yakin la dengan kekuasaan ayat Allah ini.


Ayat  255 dari surah Al Baqarah  dikenali sebagai ayat penghulu dalam Al-Quran, iaitu ayat Al Kursi.

Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksudTempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’Iaitu syiar ataskebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.



Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim.


Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)


Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatanayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan paramalaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segalakefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
   11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripadatipudaya dan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.


Credit to U ..korang boleh klik U untuk mendapat banyak lagi info tentang khasiat ayat Al-Kursi ni.

Terima Kasih sudi membaca..mari2 beramal dengan ayat ini!!

Wassalam.