Sep 26, 2011

Islam Tag ke Facebook??

Assalamualaikum sume ^^


Korang2 semua dah ada akaun IslamTag lom?? yang ade tu leh la add Puteri Amirah Ghani k.. :)
penah dengar lum laman sosial ni? hampir mirip dengan Facebook juga tapi  lebih Islamic..tenang je hati bila dapat dengar..hayati alunan ayat2 suci Al-Quran kat sini.

view
Pe yang lebih penting..laman sosial ni lebih privasi dari FB sekarang ni...tapi terpulang lah masing2 punya pilihan kan..sama je fungsi laman ni..hihi
Comel je..bila hendak IM sini..ada pilihan lukis2..main game..chatrooms dan banyak lagi..

+yang belum buat lagi akaun..sila2 la berbuat demikian :
www.islamtag.com
Tag yourself with the beauty of Islam IslamTag ... The one and only social network that respects all religion

p/s : Tengah blur2 lagi nak guna IslamTag ni..tengah explore lagi..
       Selamat ketemu disana!! :)

Sep 25, 2011

Belum Tiba Saatnya


Assalamualaikum suma ^^
Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.

Sep 24, 2011

Ada Hikmah Disebalik Kejadian


Assalamualaikum sume ^^
Pertemuan kita semua bukannya kebetulan.
Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.
Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?
Kadangkala manusia ini perlu diketuk sedikit, baru tersedar. Ada yang ketuk sekali tak sedar-sedar. Mungkin caranya tidak kena, dan caranya membuatkan dia terus pecah, atau yang mengetuk menyerah kalah.
Setiap manusia punya ujian masing-masing, kan?
Mungkin yang membuatkan kita rasa sukar untuk berubah adalah rasa tidak yakin terhadap diri.
Dan rasa tidak yakin ini hanya mampu diubat dengan satu cara sahaja, iaitu :-
"Yakin kepada Allah. Yakin dengan keyakinan yang tidak ber’tapi’. Yakin bahawa Allah itu Maha Teliti, dan Dia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. "
Tahukah anda, kita tanpa sengaja akan melakukan apa saja tanpa berfikir panjang hanya untuk memenuhi keinginan hati, tahukah anda apa yang kita lakukan itu betol ? berbaloi? kelihatan kurang cerdiknya? Hanya dengan pemikiran yang cetek, kita tergolong dalam golongan yang rugi. Terima lah wahai hati bahawa sesuatu yang terjadi itu telah dikawal dalam genggaman Allah S.W.T. Segalanya mempunyai hikmah ,maksud tersirat tersendiri. Akan tetapi bersabarlah wahai hati, mudah-mudahan kesabaran dirimu itu dibalas kebaikan.

Wassalam.

Sep 20, 2011

Mendiami Syurga kah kita?


Assalamualaikum..^^

Rajin lak hari ini nak update blog ni..banyak pulak post ari ni erk..heee
Terasa hendak berkongsi artikel ni..Mesti ramai golongan wanita inginkan diri mereka tergolong dalam golongan yang diterima masuk ke dalam syurga..ye yakin..marilah kita sama2 check balik cara kehidupan, perilaku seharian kita adakah menepati ciri2 yang diterima??


Antara ciri-ciri yang menjelaskan wanita boleh mendiami syurga ialah:-
1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada tuhan lain yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan pergi haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekkan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

“.. Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)
Semoga kita kearah itu dan kuat teguh keimanan, insyAllah.

Wassalam.

Ketemu bersua

Assalamualaikum..suma ^^
17 sep~~
hampir licin ayam tu..haha

Ok..jumpe lagi aku dengan bestfren aku ni..walaupon orang jauh..Alhamdulillah diberi kesempatan jua. Tempat rasmi dh macam dekat 1 tempat tu je...haish..pon boleh..tak reti sangat area KL ni..teheee

Sory sangat2 kalau ade buat terasa hati, tersinggung..tak sengaja..len kali jangan la pendam sendiri..t balik2 kite gak yang perasan sendiri..tak best dah macam tu.

OK..hari tu 'the best' dari pertemuan sebelum ni..walaupon makan je..U look different than before and i like it..hahaha..

+haa..leh lak terjumpe org kg senawang kt sana..sakan borak taw..

Dirasai dalam hati

Assalamualaikum suma ^^


“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”


Diharapkan pertemuan kita nanti diberkati Allah.


Sep 13, 2011

Cobaan..biase la

Assalamualaikum sume..

Luahan rasa bulan ni...semakin nak abes semester kat kolej ni..semakin tension aku..
Tak pasti pe la dugaan yang datang tu...banyak perkara yang lalu..dilalui..kena lalu..dan biarlah ia berlalu..(errkk)
Yup hidup aku kurang didatangi masalah besar seperti rakan2 yang lain...sebab dh terlalu selesa begini..takut lak nanti..

Walaupon tengok cam takde pape..tapi aku de perasaan gak..hikh..takpe..saye nak berkawan dengan orang yang betul2 nak berkawan dengan saye je...kalau terasa nak lelebih..sory dah terkeluar list..

Tapi tu la..dengan 'awak' pon saye anggap biase2 dah..tak macam dulu lagi, walaupon kadang2 cam rase indah..hanya sementara je...indahnye berkawan..bersahabat..^^

InsyAllah dipermudahkan dalam menguruskan hati perasaan ini...
Semoga dipermudahkan Allah dari segala aspek..Amin.

Wassalam.

Sep 12, 2011

Ade style!!

Assalamualaikum sume ^^

Today is Monday..means isnin..haha..
Hari ini terasa nak share2 tips jalinan tali kasut dekat korang2...ala macam untuk kasut sekolah..sport..tu..
meh2 belajar dan apply kat kasut korang2.. ^^

^^
:)
:P
@.@
XD

>.<
^^
Warghhh..rambang mata..sume stylo mylo..XD kan3
lagi menarik kalau kita guna tali kasut yang berwarna matching..pandai2 korang la nak gandingkan dengan kasut tu...then ape lagi..berjalan lah anda dengan bangganya...hahaha
p/s: nak try gak la..jum3
Tu je nak share..tq2.

Wassalam. ^^

Sep 8, 2011

Makanan Tradisi org sane SEDAP!!

Assalamualaikum sume.. ^^


Hari ni nak kongsi satu pengalaman baru..korang2 leh mencuba makanan ni..sedappp..:D
Makanan pe erk?? Hari tu..aku dengan member aku pergi foodcourt kolej..lepas itu try la pergi kedai runcit yang baru beroperasi dekat situ...1st pandangan tentang kedai tu ..erhm...macam kedai orang Arab je..kebanyakkan barang2 yang die jual makanan dari negara sana..macam bende baru untuk kami..


Jalan punye jalan..ternampak ni...
''Basbusah''

yela bende baru..kedai pon kedai orang Islam..so kami try la pemanis mulut(kek manis) ni dah la murah..sedap gak rasanya..makan besar ni sorang2 pon dah kenyang..tapi jangan makan banyak2 pulak..sebab makanan ni manis..Kek ni popular dekat bahagian negara Egypt, merupakan makanan tradisi gurun di Veria. Bahan utama 'kelapa' selalu digunakan bersama sirap atau madu.

Ha!! nak tahu x cara2 nak buat?? leh la klik link bawah ni!!! ^^



Thanks to this owner of blog!! :)
Tu je nak share :))
Wassalam.

Happy Bufday to we.. :D

Assalamualaikum sume ^^

happy bufday lemon & mira <3
Meh nyanyi lgu bufday rmAI2..happy bufday to uuu..happy bufday uuu..happy bufday..happy bufday..happy bufday to meee...horeyyy


Eh3..bufday time ke? kalau sape2 yang tahu tarikh sebenar mira ni mesti diorang bantah..eh bukan birthday kau lambat g ke?? hihi   baik korang tengok betol2 kat atas kek tu tulis pe.."SWEET 20"
~ni tahun lepas punye..bufday aku dengan nurul azreen..cume beza die 4 oct huhu
~semua ni dirancang oleh keluarga kecil dak silat tersayang..love u all sume ..mmuaachkk hihi

Semoga segala ingatan kekal (gune gam gajah)
~sayang korang semua sangat2!!!
~walaupon aku dah tak aktif dan keluar sama2 dengan korang sume..tapi rindoo tu tetap de..tipo la kan klo kate takde langsung..

Kami dah besar..haha
Tu je nak share..hihi
Thanks sudi bace blog yang tak seberapa ni...luv ya <3
Wassalam.

Sep 4, 2011

Raya2...Ni la yang terjadi..2

Assalamualaikum sume  ^__^

Sihat? mood raya lagi ke? raya2 gak..jangan men mercun sudahla..kot melecur tangan muka nanti sape susah...tu ok lagi..kalau patah jari..haru je an..

Ha..entry kali ni nak share tentang raya2..ikutkan kami punye tema sekeluarga warna biru..tapi terselit gak warna2 ganjil disitu..hahak nasib le kome..
(maap2 kualiti gambar agak tidak memuaskan) haha
kak lang, akim,zeti
3 princess
beluu

Model tangga

Tak sume ahli2 keluarga ade..ade yang balik kg. ade yang keje..ade2 je deme ni..:P
mana ade je lah ek..mmg tak complete orang putih kate..haha korang2 lak tema warna pe lak tahun ni? :)

baju raya ke2 ^__^

Zaman cinonet (comei2) dulu  ^__^
Cube teka mana 1kite? hihik sorry samar2 sgt 
Alamak simple sangat2 ni...next time aku try letak entry yang len pulak k..hihi
camne korang sume sambut raya tahun ni lak? best x?? cecite..cecite .. ^___^
luv ya <3

Wassalam.

Sep 3, 2011

Raya2...ni la yang terjadi..1

Assalamualaikum sume  ^__^

 Selamat hari raya Aidilfitri sume!! ampon maaf zahir batin :)
tak lupa nk wish Selamat Hari Merdeka Malaysia!!..merdeka..merdeka!!

Entry kali ni mesti la nak cerita tentang kejadian sebelum..selepas..ketika dan sewaktu dengan raya..:)
Tahun ni aku beraya kt Seremban je..simple and little bit boring..umor dah lanjut ni biase la an duit raye xtebal2 ...hahak
Korang sume mesti ramai yang balik kg. an..untung la..hihik (xde motif)
Nak mulakan cerita aku dengan adik2 sume same2 buat biskut ..kek merdeka raye..antaranye macam kt bawah ni..
Tat nenas gulung
Tat nenas sumbat
kerja kreatif adek bertuah aku..(kulit kacang tanah)
ni untuk wt kuah kacang actually
Biskut kelapa rangup
Biskut merdeka raya (biskut modified sendiri)
Kek salam lebaran (syikin)
adek bertuah aku yang buat
Kek coklat merdeka raya (modified sendiri)

Akhir sekali marilah kita meraikan raya di Kepsi  hua3 (kami ber3 je)

Ni la jadinye bile oven yang tersimpan elok dalam kotak dibuka..sume jenis nak dibuatnye..asalkan ade bahan..erhmmm jalannn..

Kali ini tentang pe yang kiteorang prepare untuk raya ...haaaa next entry lak sambungan seterusnye..
Maceh sudi jenguk2 blog kite..XD

Wassalam.